1st Putrajaya International Hot Air Ballon Fiesta 2009

>> Sunday, March 22, 2009

Salam,

Semalam kami pegi jalan-jalan kat taman apa ke nama ntah yg atas bukit tgh2 roundabout kat Putrajaya. Kami sampai masa tu lebih kurang hampir pukul 6 pasal petang tu panas sangat. Dah puas kami ronda2 hampir jam 7 kami pun nak balik pasal Maghrib dah dekat. Kalau sapa2 yg pernah ke taman tu mesti tau viewnya dari atas bukit sgt cantik kerana boleh nampak hampir keseluruhan Putrajaya especially yg mengadap ke Masjid Putrajaya tu. Sekonyong2 dlm perjalanan nak balik tiba2 wife saya nampak ada beberapa hot air balloon naik ke udara dari bawah arah disebelah sana Masjid Putrajaya. Nafisa pun sibuk menjerit2 " Abi, abi, belon! Belon!"





Belon2 tu pulak elok je mmg terbang lalu atas bukit taman tu. Saya pun apa lagi, ambik kesempatan la shoot gambar belon tu. Nasib baik ada belen lagi dalam CF kad masa tu. Ummu Nafisa pun sempat jugak la posing dgn berbackgroundkan belon ha ha ha!









Masa tu saya tak tau lagi apa ke nama event tu, tiba2 je ada belon udara panas kat Putrajaya ni. Memula ingatkan komuniti Putrajaya ni dah bertukar method of transportation, nak cuba pengangkutan udara pulak yg lebih mesra alam. Ada pulak belon tu yg gantung bendera Jerman, jadi bukan lah belon orang Putrajaya. Tapi mungkin jugak supplier belon tu dari Jerman, tgh buat test drive utk org2 Putrajaya ni tak tau lah kan. Jadi kalau ada pembaca2 dari Jerman yg baca post ni harap boleh clarify la yek.




Ada banyak spesis jugak belon2 hari tu. Ada yg berjenama "rama-rama" la (Papillion), ada yg jenama "kucing" (Cat), yg muka clown pun ada. Tapi advise saya pada bakal pembeli, jgn beli yg jenama Cat dan muka clown tu. Pasal dari time launching lagi dah nampak tak larat cam semput je tak dapat naik tinggi. Kitorang ingat kan yg belon Cat tu dah nak langgar bukit dah, rendah semacam sampai sempat la Ummu Nafisa posing lagi berbackgroundkan belon tu. Yang paling hampes sekali belon clown tu. Dia crash betul2 kat belakang kami masa tu. Dah malu semacam mat salleh yg pilot belon tu heh heh.




Kalau sapa2 nak beli belon, saya rekemen beli yg rupa buah oren tu. Yg jenis tu mmg steady, laju semacam tinggi pun semacam tayah bikin dah. Made in Germany (mentenen mahal sikit la). Ada yg shape cam bawang putih tapi kaler maroon + biru tu pun leh tahan jugak tapi kuat sangat pembakaran api nya. Dalam banyak2 belon dia yg paling kuat api, mesti minyak kuat ni.

Tapi yg pastinya lepas ni Nafisa mmg stop dah merengek suh beli belon pasal dia takut tgk belon2 tu besar sangat!

Read more...

Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara

>> Monday, March 2, 2009

Kenali Tokoh-tokoh Ini.


Gambar bakal pemuda harapan bangsa satu hari nanti...





Bakal pemudi tiang negara...






Serikandi Muslimah in the making...



"Demi Allah, hidup pemuda dan pemudi (adalah) dengan ilmu dan taqwa, maka apabila tiada kedua-duanya sesungguh tiada bererti hidupnya"

Syair Imam As-Syafie

Read more...

About This Blog

This blog is owned & maintained by myself. Kindly leave your comment on my posts so that I may improve my posting in the future. If you have any suggestions, or you want to contact me, please leave a message at syakir.zainol@gmail.com or syakir.zainol@yahoo.com. 

Followers

  © Copyright Syakir Zainol 2009

Back to TOP