Sayyidah Rumaysa - Day 1
>> Wednesday, February 16, 2011
Nama Sayyidah Rumaysa dipilih bersempena nama seorang tokoh muslimah bernama Rumaysa bt. Milhain, antara wanita pertama di Yathrib (Madinah) yang memeluk Islam. Beliau merupakan seorang muslimah, isteri, ibu & pahlawan yang unggul di zaman nya. Nama sebenar beliau ialau Sayyidah Ummu Sulaim. Suami beliau ialah seorang sahabat Nabi yang terkenal iaitu Abu Talhah dan juga ibunda kepada sahabat Nabi yang tidak asing lagi iaitu Anas bin Malik R.A.
Abi & Ummi berdoa supaya Rumaysa membesar menjadi seorang anak yang solehah, muslimah dalam erti kata yang sejati. Semoga bakal menyambung warisan Abi & Ummi di dunia dan akhirat, insya Allah. Jangan gaduh-gaduh dengan kakak dan abang nanti ya!
