Salam,
Ahad & Senin yg baru ni saya sekeluarga berpeluang naik ke Colmar Tropicale Resort di Bukit Tinggi, Pahang. Kebetulan kampeni saya ada menganjurkan sesi training firewall 2 hari kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Saya ke sana selaku trainer, disertai pula oleh staff2 IT dari JANM dan dari Teliti Computers sdr.
Selain dari staff2, ada jugak yg dtg bawak family bersama, termasuk lah saya. Ini kali kedua saya ke sini, tapi kali pertama bersama keluarga. Boleh tahan jugak lah lepak di sini, sesuai kalau nak bersantai2 dlm cuaca yg dingin & selesa.
Buat sesiapa yg tak tau, Colmar Tropicale Resort ni letak nya di Bukit Tinggi, entrance utk naik ke sini hanyalah beberap km. selepas melalui Genting Sempah (kalau dari KL). Resort ini merupakan sebuah resort yg bertemakan petempatn di Perancis. Jadi nya, kesemua design bangunan2 di sini adalah diilhamkan daripada suasana bangunan2 lama di Perancis.
Antara tarikan pelancong yg ada disini adalah seperti Japanese Tea House ( yg pertama di dalam hutan Tropika), Botanical Garden, Japanese Spa, Rabbit Park, dan sbgainya lagi. Suasana di seini terutamanya di hujung minggu ada lah meriah kerana sentiasa diselang selikan dgn pelbagai pertunjukan dan hiburan utk pengunjung2.
Cukuplah serba sedikit coretan saya. Kita tgk serba sedikit gambar2 uwais & nafisa pulak!
p/s: nanti ada lagi di blog Ummi mereka...
Wassalam.
Semua bersiap sedia atas bas nak ke Tea House.
Nafisa dgn Aunty Hanan yg ramah budak.
Ralit menengok ikan koi yg besar2.
Uwais tgk ikan koi tanpa sebarang perasaan.
Uwais dan Ummi depan Tea House. Ingatkan ada hidangkan air teh ke apa ke...
Nafisa sibuk menyelit kat sesi penggambaran family lain.
Uwais dan Aunty Hanan sebelum masuk ke spa. RM 999 full package, amacam?
Uwais dan awek (awek tua sikit 2 minggu).
Nafisa ketagih baham sup asparagus masa dinner.
Show malam itu.
Kuat betul kaki amoi ni.
Ummi dan anak2.
Uwais baru bangun tido pagi selepas breakfast.
Uwais bergambar kenang2an atas katil.
Sesi penggambaran disertai kakak Nafisa yg jeles.
Uwais, seperti biasa asyik senyum memanjang.
Ada gak org sudi nak amik gambar saya & family.
Terima kasih sekali lagi kepada orang itu.
Read more...