Showing posts with label bob. Show all posts
Showing posts with label bob. Show all posts

Lagi Trip Ke Kuantan

>> Sunday, May 17, 2009

Salam.

Kesinambungan daripada entry Bob di sini, ini aku punya version utk laporan trip ke Kuantan berikut heheh...





Sehati sejiwa di atas bumbung Wisma Negeri; dari kiri, Bob Empayarcanon (walaupun pakai Nikon), tokey Tinta Creative Encik Idzwan, dan yg senantiasa kacak iaitu saya.








Sesi "Makan Sambil Di belanja Oleh Tinta Creative" yg berlangsung di Tanjung Lumpur. Yang paling banyak makan ialah Bob. Ikutkan sebenarnya dia nak makan lagi tapi segan dengan anak2 Idzwan.





Malamnya pulak sesi lepak sambil makan malam di Teluk Cempedak. Last saya lepak malam di TC ialah masa "fly" zaman duk asrama kat MRSM Kuantan muda2 dulu.





Bob memperagakan t-shirt Fotoinspirasi dengan dakwaan kununnya dia pernah pegi bengkel Fotoinspirasi tu (padahal beli t-shirt online aje).













Seniman jalanan di TC waktu malam. Ada yg melukis atas kertas, ada jugak yg melukis dalam botol menggunakan pasir seperti brader kat atas ni. Bob teringin nak beli sebotol tapi malu nak bertanya. Ibarat kata orang2 tua, malu bertanya sesat jalan, padan muka tak sempat beli.













Abis je lepak kat TC Bob kata nak bawak saya ke Kemaman, pergi minum kopi katanya. Tapi rupanya Bob tipu, dibawaknya ke Kemaman Kopitiam ni aje. Sekali lagi Bob makan tak ingat dunia kat sini.









Sebelum balik pagi esoknya, kami pegi minum pulak minuman "tiga warna" kat Kuantan ni. Macam-macam!

Read more...

Laporan Pemasangan Internet Satelit di Wisma Sri Pahang, Kuantan.

>> Tuesday, April 7, 2009

Salam.

Semalam saya dan Bob Faiz (http://empayarcanon.wordpress.com/) travel ke Kuantan pasal ada kerja pemasangan satelit internet akses utk SUK Pahang. Ha kalau sapa tak tau saya dan Bob (yg glamer kat blog & fotopages ni) ni satu opis.

Cuaca baik semalam di Kuantan, panas sepanjang hari. SUK Pahang berpejabat di Wisma Sri Pahang yg terletak di tengah2 bandar Kuantan. Secara am nya kerja2 kami semalam melibatkan saya meng-install firewall dan Bob meng-configure UT satellite. Manakala ada 2 vendor lain yg memasang wireless AP dan satellite dish & cabling.

Setelah kerja2 pemasangan selesai di tingkat 6 kami mendapati ada isu dgn resepsi signal dari stesen satelit bumi di UPM. Rupanya KL hujan lebat, mengganggu signal satelit. Cam Astro, bila hujan lebat je signal loss. Terpaksa la kami naik ke atas bumbung utk sedikit proses kalibrasi.

Nasib baik saya ada bwk kemera masa tu. Seronot la kami mengisi masa lapang kat atas bumbung tu. So keseluruhan aktiviti kami di bumbung Wisma Sri Pahang dapat diterjemahkan melalui foto2 di bawah ini.




Bob memantau proses kalibrasi satelit di atas bumbung Wisma Sri Pahang.





Bob sebenarnya seorang yg gayat. Beliau pasti akan menjauhkan diri dari tebing bangunan tinggi sejauh mungkin.




Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan dari atas Wisma Sri Pahang.





Tiang masjid sedikit senget dan tidak mengadap kiblat, lalu saya perbetulkan.





Bob dlm percubaan utk manjatuhkan bangunan TNB Kuantan.





Kami di atas bumbung Wisma Sri Pahang sejurus kejayaan kami membekalkan akses satellite Internet kpd warga SUK Pahang.









Menzahirkan rasa ceria di atas bumbung Wisma Sri Pahang dengan satu lompatan setempat.


Kalau mengikut jadual asal sepatutnya hari ini kami akan ke Pulau Tioman pula utk kerja2 yg selanjutnya, tetapi saya terpaksa bergegas balik ke KL malam itu jugak kerana mendapat berita anak-anak saya demam teruk. Sebenarnya mereka dah demam dari hari Jumaat petang lagi. Tapi yg baby tu semakin teruk sikit jadi saya terpaksa tinggalkan Bob bersendirian ke Tioman. Saya hanya mampu doakan semoga beliau selamat dan tidak dimakan jerung ketika di sana.

Wassalam.

Read more...

About This Blog

This blog is owned & maintained by myself. Kindly leave your comment on my posts so that I may improve my posting in the future. If you have any suggestions, or you want to contact me, please leave a message at syakir.zainol@gmail.com or syakir.zainol@yahoo.com. 

Followers

  © Copyright Syakir Zainol 2009

Back to TOP