Laporan Pemasangan Internet Satelit di Wisma Sri Pahang, Kuantan.

>> Tuesday, April 7, 2009

Salam.

Semalam saya dan Bob Faiz (http://empayarcanon.wordpress.com/) travel ke Kuantan pasal ada kerja pemasangan satelit internet akses utk SUK Pahang. Ha kalau sapa tak tau saya dan Bob (yg glamer kat blog & fotopages ni) ni satu opis.

Cuaca baik semalam di Kuantan, panas sepanjang hari. SUK Pahang berpejabat di Wisma Sri Pahang yg terletak di tengah2 bandar Kuantan. Secara am nya kerja2 kami semalam melibatkan saya meng-install firewall dan Bob meng-configure UT satellite. Manakala ada 2 vendor lain yg memasang wireless AP dan satellite dish & cabling.

Setelah kerja2 pemasangan selesai di tingkat 6 kami mendapati ada isu dgn resepsi signal dari stesen satelit bumi di UPM. Rupanya KL hujan lebat, mengganggu signal satelit. Cam Astro, bila hujan lebat je signal loss. Terpaksa la kami naik ke atas bumbung utk sedikit proses kalibrasi.

Nasib baik saya ada bwk kemera masa tu. Seronot la kami mengisi masa lapang kat atas bumbung tu. So keseluruhan aktiviti kami di bumbung Wisma Sri Pahang dapat diterjemahkan melalui foto2 di bawah ini.




Bob memantau proses kalibrasi satelit di atas bumbung Wisma Sri Pahang.





Bob sebenarnya seorang yg gayat. Beliau pasti akan menjauhkan diri dari tebing bangunan tinggi sejauh mungkin.




Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan dari atas Wisma Sri Pahang.





Tiang masjid sedikit senget dan tidak mengadap kiblat, lalu saya perbetulkan.





Bob dlm percubaan utk manjatuhkan bangunan TNB Kuantan.





Kami di atas bumbung Wisma Sri Pahang sejurus kejayaan kami membekalkan akses satellite Internet kpd warga SUK Pahang.









Menzahirkan rasa ceria di atas bumbung Wisma Sri Pahang dengan satu lompatan setempat.


Kalau mengikut jadual asal sepatutnya hari ini kami akan ke Pulau Tioman pula utk kerja2 yg selanjutnya, tetapi saya terpaksa bergegas balik ke KL malam itu jugak kerana mendapat berita anak-anak saya demam teruk. Sebenarnya mereka dah demam dari hari Jumaat petang lagi. Tapi yg baby tu semakin teruk sikit jadi saya terpaksa tinggalkan Bob bersendirian ke Tioman. Saya hanya mampu doakan semoga beliau selamat dan tidak dimakan jerung ketika di sana.

Wassalam.

8 comments:

mijao13 April 7, 2009 at 2:14 PM  

aku harap jerung2 tersebut terselamat dari menjadi mangsa kerakusan perut bob (walaupun beliau berkata beliau dalam proses on-diet)

Anonymous April 7, 2009 at 5:14 PM  

bersukaria nampak.....

Nasa

PeekabooLingeries April 8, 2009 at 2:15 AM  

sungguh seronok jerung2 itu kerana dpt berada di tioman...

mijao kacak April 8, 2009 at 10:33 AM  

Walaupun syakir tidak ke Tioman,namum tiada kelibatnya di ibupejabat Teliti...ke manakah beliau?

p/s : menyampaikan pesanan bonda..
"borang cuti hari selasa&rabu jgn lupa submit!!" hahahahahahah

FarEast April 9, 2009 at 10:05 PM  

haha ... mana ader aku gayat ... aku tough ... haha ... ko tgk member tinta creative ko comment kt page aku ... hehe ... best kan jalan2 dgn aku?? hehe ... uwais dgn pica dah ok??

baayah April 13, 2009 at 11:49 PM  

wah, cantik2 view dr atas wisma sri pahang ni kn.....

cigu_anna April 14, 2009 at 12:57 PM  

yeah~~
pict ganas gila.best nengok!
keep it up bro!

Anonymous July 28, 2009 at 2:26 AM  

psg kt umah sayep plk ble? kekeke

About This Blog

This blog is owned & maintained by myself. Kindly leave your comment on my posts so that I may improve my posting in the future. If you have any suggestions, or you want to contact me, please leave a message at syakir.zainol@gmail.com or syakir.zainol@yahoo.com. 

Followers

  © Copyright Syakir Zainol 2009

Back to TOP