Salam. Hari ke-2, baby Rumaysa semakin manja dengan Ummi. Kalau menyusu mesti nak berpeluk, tak bagi taruk atas tilam nanti beliau marah. Mata sepanjang masa asyik buka aje. Macam orang besar sangat dah gayanya.
Sayyidah Rumaysa - Day 1
>> Wednesday, February 16, 2011
Selamat datang Sayyidah Rumaysa bt. Syakir! Setelah lebih 9 bulan Abi & Ummi menanti akhirnya Rumaysa telah pun tiba. Tepat jam 12.02 minit tanggal 16 Februari 2011, Rumaysa telah dilahirkan di Hospital PUSRAWI Kuala Lumpur. Sama seperti kakak dan abang Rumaysa sebelum ini.
Nama Sayyidah Rumaysa dipilih bersempena nama seorang tokoh muslimah bernama Rumaysa bt. Milhain, antara wanita pertama di Yathrib (Madinah) yang memeluk Islam. Beliau merupakan seorang muslimah, isteri, ibu & pahlawan yang unggul di zaman nya. Nama sebenar beliau ialau Sayyidah Ummu Sulaim. Suami beliau ialah seorang sahabat Nabi yang terkenal iaitu Abu Talhah dan juga ibunda kepada sahabat Nabi yang tidak asing lagi iaitu Anas bin Malik R.A.
Abi & Ummi berdoa supaya Rumaysa membesar menjadi seorang anak yang solehah, muslimah dalam erti kata yang sejati. Semoga bakal menyambung warisan Abi & Ummi di dunia dan akhirat, insya Allah. Jangan gaduh-gaduh dengan kakak dan abang nanti ya!

Renungan: Pemimpin Yang Zalim
>> Sunday, February 13, 2011
Salam,
Mengenang kebangkitan rakyat Mesir menjatuhkan rejim yang zalim. Diharap negara-negara Islam yang lain bakal menyusul, Allahuakbar!
“Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolongan kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)” (Riwayat Ahmad, al-Nasai dan Ibn Abi ‘Asim. Dinilai oleh al-Albani. (lihat: Ibn Abi ‘Asim, al-Sunnah, tahqiq: Al-Albani, hlm 337-339).
Subscribe to:
Posts (Atom)