Sayyidah Rumaysa - Day 1

>> Wednesday, February 16, 2011

Selamat datang Sayyidah Rumaysa bt. Syakir! Setelah lebih 9 bulan Abi & Ummi menanti akhirnya Rumaysa telah pun tiba. Tepat jam 12.02 minit tanggal 16 Februari 2011, Rumaysa telah dilahirkan di Hospital PUSRAWI Kuala Lumpur. Sama seperti kakak dan abang Rumaysa sebelum ini.

Nama Sayyidah Rumaysa dipilih bersempena nama seorang tokoh muslimah bernama Rumaysa bt. Milhain, antara wanita pertama di Yathrib (Madinah) yang memeluk Islam. Beliau merupakan seorang muslimah, isteri, ibu & pahlawan yang unggul di zaman nya. Nama sebenar beliau ialau Sayyidah Ummu Sulaim. Suami beliau ialah seorang sahabat Nabi yang terkenal iaitu Abu Talhah dan juga ibunda kepada sahabat Nabi yang tidak asing lagi iaitu Anas bin Malik R.A.

Abi & Ummi berdoa supaya Rumaysa membesar menjadi seorang anak yang solehah, muslimah dalam erti kata yang sejati. Semoga bakal menyambung warisan Abi & Ummi di dunia dan akhirat, insya Allah. Jangan gaduh-gaduh dengan kakak dan abang nanti ya!

SYZ_0177-Edir

SYZ_0197-Edit

SYZ_0200-Edit

SYZ_0213-Edit

SYZ_0235-Edit

0 comments:

About This Blog

This blog is owned & maintained by myself. Kindly leave your comment on my posts so that I may improve my posting in the future. If you have any suggestions, or you want to contact me, please leave a message at syakir.zainol@gmail.com or syakir.zainol@yahoo.com. 

Followers

  © Copyright Syakir Zainol 2009

Back to TOP