Piknik @Hutan Lipur Lentang, April 2011

>> Sunday, April 17, 2011

Ahad yg baru ni, geng2 Bentong All Star sekali lagi mengadakan satu seksi sesi piknik yg dikelolakan oleh Ibu Musang, Norhawaty Mansor. Sesi kali ini seperti biasa, tak ramai yg hadirnya melainkan ahli2 wajib termasuklah Ibu Musang Norhawaty Mansor dan anak beranaknya (termasuk ibu bapa beliau yg diimport khas dari Bera), saudara setiausaha Khairul Azmi Jabar dan keluarga, ahli seumur hidup Fazlee Ezran dan keluarga, dan kami sekeluarga.

Apa yang menarik kali ini ialah penyertaan menu2 baru dalam hidangan antaranya berbekas2 durian Musang King yang menjadi perhatian ramai, ikan patin Sungai Temerloh masak tempoyak yang menjadi perbualan hangat ketika ini berikutan kes makan ikan patin berharga RM 13000, dan lain2 hidangan yg tak mampu saya senaraikan di sini demi menjaga kemaslahatan umat.

Berikut adalah gambar berkumpulan yang sempat dirakam selepas semuanya kekenyangan.

lentang 2011

Sangat meriah sesi kali ini. Diharapkan penyertaan bagi sesi akan datang yang dijangkakan akan diadakan aktiviti bermalam & BBQ di Bukit Fraser, akan bertambah.
Align Center

0 comments:

About This Blog

This blog is owned & maintained by myself. Kindly leave your comment on my posts so that I may improve my posting in the future. If you have any suggestions, or you want to contact me, please leave a message at syakir.zainol@gmail.com or syakir.zainol@yahoo.com. 

Followers

  © Copyright Syakir Zainol 2009

Back to TOP