Balik Dari Nursery...

>> Thursday, February 26, 2009

Salam.

Setiap petang balik dari kerja pada kebiasaannya saya akan berjalan kaki menjemput Nafisa dari nurserynya Little Caliph. Nursery Nafisa ni tak jauh pun dari rumah, hanya selang sebaris rumah  dari rumah kami. 

Saya memang suka aktiviti menjemput Nafisa ni. Seronok tgk aksi dia dari jauh menunggu kat sliding door. Ceria bila saja nampak abinya datang menjemput. Tak sabar2 nak balik.

Waktu berjalan pulang ke rumah pun tak kurang meriahnya. Kami selalu jalan slow2. Nafisa tak nak berdukung waktu ni. Dia nak berjalan sendiri sambil menggalas beg nya di bahu. Waktu ni saya suka layan berborak dgn Nafisa. Nanti dia pun pot pet berceloteh dalam bahasa antarabangsa kanak2 sedunia. Ada masanya dia akan menyanyi2 ataupun mengulang2 zikir yg dia suka dengar di Astro Oasis.

Semenjak 2009 ni, owner Little Caliph tu dah separate kan nursery dgn taska. Taska skrg dah pindah ke rumah baru. Betul2 depan rumah kami. Jadi nya teacher2 Nafisa pun ada yg dah transfer ke situ. Samalah dgn kawan2nya ramai yg dah pindah ke situ jugak. Sekarang ni boleh kata hampir setiap petang Nafisa akan singgah ke situ lepas balik dari nursery  utk bermain2 dgn kawan2 nya. Kalau tidak, teacher nya akan datang rumah menjemput Nafisa di bawaknya bermain.

Satu ketika nanti saat2 manis macam ni akan berlalu juga bila anak2 dah besar. Macam kita juga masa kanak2 dulu, bila besar sikit nanti dah tak nak berjalan dgn mak ayah. Tambahan pulak bila masing2 dah duduk jauh dari ibu-bapa untuk belajar dan sebagainya. 

Tak lama lagi boleh jalan bertiga pula dengan Uwais...

IMG_0187.jpg
IMG_0193.jpg
IMG_0211.jpg

Firman Allah SWT “Di sanalah Zakaria berdoa kepada Tuhannya seraya berkata: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa.” 

Ali Imran, ayat 38

Bebaskan Palestin!

Read more...

Selamat Datang Johan Fareez!

>> Sunday, February 22, 2009

Rezeki Sulung

Semalam saya dan keluarga berkesempatan melawat baby En Pali di Ampang Putri (codenamed Sulong). Si sulong nampak gembira kerana dapat berkenalan dgn geng barunya, Uwais.


Saya tak tahu lah si sulong ni mengikut rupa sapa, En Pali atau mak nya. Semoga menjadi lebih kacak dari bapak nya dewasa nanti.

Berikut adalah sedikit sebanyak gambar2 En Pali dengan si sulong nya...


IMG_0086.jpg

IMG_0026.jpg

IMG_0051.jpg

IMG_0047.jpg

IMG_0037.jpg

IMG_0073.jpg

IMG_0165.jpg


Tahniah kepada En Pali dan Puan Ju sekeluarga. Jangan lupa jemput saya kalau buat kenduri cukur jambul nanti ya!

"Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya."

-Hadith Nabi SAW-

Bebaskan Palestin!


Read more...

Uwais Is 1 Month Young

>> Monday, February 2, 2009

Cepatnya masa berlalu...

Rasanya macam baru je semalam Uwais menjengah keluar dari dalam perut ummi. Sedar sedar je, dah sebulan berlalu. Uwais pun dah bertambah tembam, berat pun dah bertambah sekilo lebih.

Begitulah cepatnya masa berlalu, sebagaimana cepatnya anak2 membesar, secepat itulah kita bertambah usia. Semakin hari semakin hampir dengan ajal. Bukan kata sayang nak tinggalkan dunia, tapi bimbang bekalan ke sana belum mencukupi... 




" Dan Allah menciptakan kamu dari tanah kemudian dari air mani, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan (laki-laki dan perempuan). dan tidak ada seorang perempuan pun mengandung dan tidak (pula) melahirkan melainkan dengan sepengetahuan-Nya. dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur seorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam kitab (Luh Mahfuz). Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah."

Al Faathir 35:11

Read more...

About This Blog

This blog is owned & maintained by myself. Kindly leave your comment on my posts so that I may improve my posting in the future. If you have any suggestions, or you want to contact me, please leave a message at syakir.zainol@gmail.com or syakir.zainol@yahoo.com. 

Followers

  © Copyright Syakir Zainol 2009

Back to TOP