Balik Dari Nursery...
>> Thursday, February 26, 2009
Salam.
Setiap petang balik dari kerja pada kebiasaannya saya akan berjalan kaki menjemput Nafisa dari nurserynya Little Caliph. Nursery Nafisa ni tak jauh pun dari rumah, hanya selang sebaris rumah dari rumah kami.
Saya memang suka aktiviti menjemput Nafisa ni. Seronok tgk aksi dia dari jauh menunggu kat sliding door. Ceria bila saja nampak abinya datang menjemput. Tak sabar2 nak balik.
Waktu berjalan pulang ke rumah pun tak kurang meriahnya. Kami selalu jalan slow2. Nafisa tak nak berdukung waktu ni. Dia nak berjalan sendiri sambil menggalas beg nya di bahu. Waktu ni saya suka layan berborak dgn Nafisa. Nanti dia pun pot pet berceloteh dalam bahasa antarabangsa kanak2 sedunia. Ada masanya dia akan menyanyi2 ataupun mengulang2 zikir yg dia suka dengar di Astro Oasis.
Semenjak 2009 ni, owner Little Caliph tu dah separate kan nursery dgn taska. Taska skrg dah pindah ke rumah baru. Betul2 depan rumah kami. Jadi nya teacher2 Nafisa pun ada yg dah transfer ke situ. Samalah dgn kawan2nya ramai yg dah pindah ke situ jugak. Sekarang ni boleh kata hampir setiap petang Nafisa akan singgah ke situ lepas balik dari nursery utk bermain2 dgn kawan2 nya. Kalau tidak, teacher nya akan datang rumah menjemput Nafisa di bawaknya bermain.
Satu ketika nanti saat2 manis macam ni akan berlalu juga bila anak2 dah besar. Macam kita juga masa kanak2 dulu, bila besar sikit nanti dah tak nak berjalan dgn mak ayah. Tambahan pulak bila masing2 dah duduk jauh dari ibu-bapa untuk belajar dan sebagainya.
Tak lama lagi boleh jalan bertiga pula dengan Uwais...
Firman Allah SWT “Di sanalah Zakaria berdoa kepada Tuhannya seraya berkata: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa.”
Ali Imran, ayat 38
2 comments:
makin comel nafisa nie.....
anyway, aku follow ko je. closed fp coz boikot israel.
aku skg nie more to my blog je.
sori. aku br tgk fp dn baru baca komen kwn2...
link yuk!!
bagusla Pica suka berjalan2....sekurang2nya dpt la jugak abinya eksesais sambil tgk org main helikopter dan tgk helikopter terhempas.
Post a Comment