Piknik @Hutan Lipur Lentang, April 2011
>> Sunday, April 17, 2011
Apa yang menarik kali ini ialah penyertaan menu2 baru dalam hidangan antaranya berbekas2 durian Musang King yang menjadi perhatian ramai, ikan patin Sungai Temerloh masak tempoyak yang menjadi perbualan hangat ketika ini berikutan kes makan ikan patin berharga RM 13000, dan lain2 hidangan yg tak mampu saya senaraikan di sini demi menjaga kemaslahatan umat.
Berikut adalah gambar berkumpulan yang sempat dirakam selepas semuanya kekenyangan.
Theodor Herzl
>> Friday, April 15, 2011
Bapak penubuhan Negara Israel.
"Misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam. Jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan jawatan. Jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil. Laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran"
- ucapan di Persidangan Yahudi di Basle, Switzerland : 1897.
Family Portrait
>> Saturday, April 2, 2011
Another family outdoor shot for today, albeit a short one. Self portraiture is a challenge especially when you have kids who can't stop moving!
Read more...
Baby Rumaysa, day 2.
>> Thursday, February 17, 2011
Sayyidah Rumaysa - Day 1
>> Wednesday, February 16, 2011
Nama Sayyidah Rumaysa dipilih bersempena nama seorang tokoh muslimah bernama Rumaysa bt. Milhain, antara wanita pertama di Yathrib (Madinah) yang memeluk Islam. Beliau merupakan seorang muslimah, isteri, ibu & pahlawan yang unggul di zaman nya. Nama sebenar beliau ialau Sayyidah Ummu Sulaim. Suami beliau ialah seorang sahabat Nabi yang terkenal iaitu Abu Talhah dan juga ibunda kepada sahabat Nabi yang tidak asing lagi iaitu Anas bin Malik R.A.
Abi & Ummi berdoa supaya Rumaysa membesar menjadi seorang anak yang solehah, muslimah dalam erti kata yang sejati. Semoga bakal menyambung warisan Abi & Ummi di dunia dan akhirat, insya Allah. Jangan gaduh-gaduh dengan kakak dan abang nanti ya!
Renungan: Pemimpin Yang Zalim
>> Sunday, February 13, 2011
Salam,
Mengenang kebangkitan rakyat Mesir menjatuhkan rejim yang zalim. Diharap negara-negara Islam yang lain bakal menyusul, Allahuakbar!
“Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolongan kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)” (Riwayat Ahmad, al-Nasai dan Ibn Abi ‘Asim. Dinilai oleh al-Albani. (lihat: Ibn Abi ‘Asim, al-Sunnah, tahqiq: Al-Albani, hlm 337-339).