Salam.
Tak sangka dalam tempoh 5 bulan sekali lagi aku ke Zoo Negara. Walhal, kalau dulu last pegi pun masa dajahnam. Selepas ni dapat aku meramalkan trip ke zoo ni akan jadi acara dwi tahunan paling kurang pun. Maklumlah, nak bawak2 anak2 jejalan sebenarnya.
Trip semalam sebenarnya anjuran geng2 blog wife aku. Amik kesempatan ini untuk outing bersama anak2. Ni trip pertama Nafisa ke zoo, begitu jugak utk Uwais, walaupun Uwais masih kecik lagi tak paham apa2. At least membiasakan diri dia dgn bau2 binatang heh heh.
Aku tak banyak amik gambar semalm pasal sibuk melayan anak yg nak bergayut kat leher je pulak masa tu. Walaupun begitu aku enjoy pasal outing dgn family ni mmg seronok tak kira lah ke manapun especially melayan ragam anak2. Letih tapi seronok.
Kebetulan hari ni cukup banyak sekali rombongan dak2 sekolah ke zoo. Macam dah berjanji pulak...
Ummu Nafisa dengan salah sorang geng2 blog nya sedang menunggu ketibaan geng2 yg lain.
Uwais anxious for his first ever trip to a zoo.
Brother Meor Jay pun ada, dia yg lead group kaki2 photog utk outing kali ni.
Menatang pertama yg sempat aku shoot sebelum Nafisa menjerit2 takutkan elephant.
Sebelum ronda2 kami tgk animal show dulu. Kat mana ada jual burung kakaktua cam ni?
Burung ni dah dilatih jadi peragut profesiional. Abis ramai duit penonton diragutnya.
Salah seorang mangsa yang "terhibur" diragut oleh burung tersebut.
Close-up macamana burung itu meragut & mencopet.
Singa laut ni bukan peragut, tetapi seekor atlit yg hebat. Mampu bermain bola dan meloncat gelung.
Seb baik aku sempat shoot yg ni. Nak lompat gelung tak cakap awal2.
Serius, ni lah spesis haiwan paling huduh yg ada kat zoo ni.
Time ni semua penghuni zoo tengah tangkap lentok.
Yang ini pun sama.
Haa yang ni je tak.
Read more...