GSM Workshop @ Bukit Tinggi

>> Tuesday, May 5, 2009

Salam.

Hari Khamis 30hb April yg baru lepas, division saya telah mengadakan satu workshop membincangkan tentang GSM di Colmar Tropicale Resort di Bukit Tinggi, Bentong. Kami beramai2 telah naik atas bukit yg tinggi ini untuk menghadirkan diri di workshop tersebut.

Walaupun saya merupakan orang Bentong tapi ni lah kali pertama saya jejak kaki di Colmar ni, wahaha. Akhirnya tercapai jugak hajat nak ke sini. Nak harapkan pergi sendiri tak tau bila lah.



Di kubu inilah kami berkursus, selamat dari serangan orang2 gasar.



Para peserta workshop yg rela dipaksa berkursus.



Kelihatan Bob Faiz & Fadli the Lord of Gamer sedang
berpura2 khusyuk mendengar ceramah.




Sebahagian peserta dgn wajah lega setelah mengakhiri
sesi kursus dan ready utk pegi jalan2.


Selepas abis sesi berbengkel, kami berkesempatan dibawa meronda ke rumah teh Jepun yg terletak tak berapa jauh dari tempat kursus. Dengar khabarnya rumah ni cantik jugak kalau tengok dlm brochure. Mari kita lihat...



Perjalanan naik ke rumah teh Jepun. Yg berbaju kuning
itu ialah staff kami yg berdarah kacukan
Kelantan /Jepun cik Hananako.



Rehat seketika sebelum sampai di puncak kejayaan.


Dah sampai pun, masing2 kepingin nak mandi setelah melihat kolam yg begitu jernih.


Ni lah rumah teh Jepun tu. Malangnya kami tak pun dijamu sebarang teh
samada dari Jepun ataupun teh tarik mamak.



Sesiapa yg suka percaya amalan2 tahyul & bidaah
bolehlah membuang barang sekeping dua siling
kedalam takungan ini sambil berdoa.



Dapat dilihat digambar sepasang mempelai dari Turki
yg mempunyai masalah identiti kendiri, tidak pasti
samada diri ialah Turkish atau Japanese.



Pintu masuk ke halaman rumah teh Jepun
dari pandangan belakang.


Sebelum bertolak balik, kami meronda2 dulu sebelum pulang. Time ni masing2 dah buat hal sendirik sambul jalan2 cari makan. Ada yg dah balik nak mengelakkan jam, maklumlah hari esok tu kan dah cuti 1 May, sure petang tu jam giler pasal ramai nak balik kampung.


Colmar Tropicale tersergam indah ibarat istana dlm citer beuaty and the beast.


Encik Farisan kepingin naik pedati kuda kerana
di kampungnya hanya ada keta lembu.



Colmar Tropicale dari atas menara tinjau.
Kepada yg gayat jangan pandang bawah.



Group shot sebelum kami balik, ramai yg dah balik dah pun time ni.

5 comments:

joe jambul May 5, 2009 at 8:58 PM  

30 Mei 2008 ke 2007??

PeekabooLingeries May 6, 2009 at 2:14 AM  
This comment has been removed by the author.
PeekabooLingeries May 6, 2009 at 2:15 AM  

rumah tu sebenarnya dibuat oleh seorg org jepun bernama teh takakashi...

FarEast May 7, 2009 at 11:22 AM  

choi! gambar breakdance mana? bila nak mengular ni? hahaha

Anonymous May 17, 2009 at 1:33 PM  

manyak syok berjalan ;)

About This Blog

This blog is owned & maintained by myself. Kindly leave your comment on my posts so that I may improve my posting in the future. If you have any suggestions, or you want to contact me, please leave a message at syakir.zainol@gmail.com or syakir.zainol@yahoo.com. 

Followers

  © Copyright Syakir Zainol 2009

Back to TOP