Pink Itu Jahat Warnanya

>> Tuesday, May 26, 2009

Awasi Isteri Anda!

Selalunya apabila disebut perkataan membeli-belah ataupun "shopping" sering kali ianya dikaitkan dengan kaum wanita. Dalam konteks artikel ini, perbuatan membeli-belah ini saya hubungkaitkan dengan amalan kaum ibu membeli barangan keperluan untuk anak-anak mereka.

Jarang sekali kita mendengar si suami atau bapa yang akan turun padang membeli-belah barangan keperluan anak. Selalunya peranan kaum bapa hanyalah terbatas kepada peranan "bodyguard" dan "bankers" sahaja. Kebiasaannya si ibu lah yang akan membuat keputusan dalam mendapatkan barangan keperluan untuk anak-anak mereka.





Namun begitu, kaum bapa adalah dinasihati untuk memantau pembelian isteri-isteri mereka. Sepandai-pandai golongan kaum ibu ini dalam merancang pembelian untuk anak-anak, ada masanya keputusan mereka akan tersasar dan akan terjadilah pembelian yang tidak sepatutnya terjadi.

Sebagai contoh pembelian isteri saya pada hari ini. Beliau telah pergi membeli "teether" untuk keperluan tumbesaran bayi kami yang berusia 4 bulan. Saya tidak membantah akan pembelian ini tetapi apa yang mengejutkan saya ialah rekaan "teether" yang dibeli!





Sungguh feminin rupabentuk "teether" itu dengan tema buah-buahan termasuklah buah strawberi dan penggunaan warna "pink" yang ketara, langsung tidak menyerlahkan kemaskulinan bayi lelaki kacak saya itu. Namun begitu saya tidak sampai hati untuk tidak membenarkan bayi saya untuk tidak menggunakan "teether" itu dalam keperluan harian beliau kerana ternyata godaan rupa buah-buahan dan warna "pink" yang garang itu terlalu menarik perhatiannya untuk memamah-mamah "teether" tersebut.








Dengan hati yang berat, saya terpaksa merela-terpaksa kan beliau untuk terus menggunakan "teether" itu dalam urusan penggigitan harian beliau. Semoga beliau tidak akan terus terpengaruh dengan warna "pink" kerana mengingati pesanan seorang sahabat saya " PINK ITU JAHAT WARNA NYA".





Sekian.

9 comments:

uda May 26, 2009 at 10:04 PM  

nampaknya ida masih dibayangi kenangan bersama pica ketika bayi. ahaks.

Idida Aziz May 27, 2009 at 8:30 AM  

haaa iyo la tuh...
baju kuning pica tu sapa beli?

wanoridz May 28, 2009 at 11:26 AM  

wah gambar yang last itu boleh menimbulkan kontroversi

AdzmanAhmad May 29, 2009 at 8:51 PM  

"Pink is the color of Passion"

PeekabooLingeries June 1, 2009 at 12:40 AM  

Ko harus tingkatkan usaha Syakir, jgn ulangi lagi kesilapan ini..

Dingh June 2, 2009 at 1:04 AM  

Apa salahnya pink. Warna je. Tak hilang macho anak tu kalau pakai brg warna pink. Bapa dia mungkin kot.

Sapa kata kaum bapa tak beli keperluan anak. Org yg ckp tu kot tak. Asyik dok belek kamera je. :)

Agree with you Bent. I have passion too.

Sweet CuddleCakes June 2, 2009 at 1:38 AM  

Hi!! I did a gorgeous scrapbook picture of your beautiful daughter! Go take a look!! If you would like me to send it to you, I can. I will also remove the pic if you want me to...

Have a great day!

www.sweetcuddlecakes.blogspot.com

Anonymous June 4, 2009 at 11:36 PM  

Pink itu lambang kesopan santunan ye...

pidah June 5, 2009 at 12:34 PM  

hilang macho ank lelaki ye bang...
errr sy pon rs kanak2 lelaki jgn di ajar benda pink2 ni..
takut nanti..da besar minat pinkkk je...

About This Blog

This blog is owned & maintained by myself. Kindly leave your comment on my posts so that I may improve my posting in the future. If you have any suggestions, or you want to contact me, please leave a message at syakir.zainol@gmail.com or syakir.zainol@yahoo.com. 

Followers

  © Copyright Syakir Zainol 2009

Back to TOP